Friday, May 31, 2013

Cintai Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum.....

hurm agak lama saya tidak update blog ini atas kesibukan sebagai seorang mahasiswi yang sedang bertungkus lumus dan berjuang untuk menuntut ilmu demi agama, bangsa dan negara In Sya Allah....
pada hari ini saya ingin berkonsi sedikit ilmu yang berkaitan dengan kekasih Allah s.w.t iaitu nabi muhammad s.wt.....(Allahumma Shalli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad)

marilah kita mengenali salasilah rasulullah..........

wahai sahabat-sahabatku sekalian... adakah kita mencintai rasulluah? adakah kita sayang pada rasulluah? adakah kita masih mengingatinya? tepuk dada tanya iman...

Tidakkah kita semua rase bersalah dan berdosa kepada Allah SWT kerana kita lupa kepada-Nya..dan mungkin kita lupa kepada utusan-Nya Nabi Muhammad SAW?? Sedangkan Rasulullah S.A.W itu sentiasa mengingati dan merindui kita sehingga terdapat suatu kisah..

Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat menjawab :
"Para malaikat Ya Rasulullah"
Sahabat yang lain :
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata :
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata :
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"

Nabi berkata :
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"
Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :

" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"

allahu akbar!!....sedarlah wahai anak adam sekalian, begitu rindu dan kasih nya Nabi pada kita...mengapa kita masih leka dan tidak hiraukan nya.... Jadi marilah kita bersama-sama untuk mencintai baginda Muhammad SAW. Berselawatlah kepada baginda. Semoga kita mendapat syafaat-Nya diakhir akhirat  InsyaAllah..

~Allahumma Shalli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad~

 

Barang siapa yang berselawat kepada nabi satu kali, maka Allah akan berselawat kepada ayah dan bonda kite sepuluh kali” allahu akbar!
Tiada cinta yang kekal melainkan cinta kepada ALLAH SWT dan RASULULLAH S.A.W

 

sekadar peringatan bersama... In Sya Allah~

sekian.

 

 

 

Saturday, March 23, 2013

doa-doa mustajab =)

Diantara doa-doa mustajab ialah :

1. Doa setelah sholat tahajud
2. Doa setelah sholat dhuha
3. Doa menjelang berbuka puasa
4. Doa antara adzan & iqoma
5. Doa antara dua khutba jum'at
6. Doa dipenghujung hari juma'at (ba'da asyar)
7. Doa dikalla turun hujan
8. Doa dikalla mendengar kokok ayam (diriwayatkan ayam adalah hewan yg dapat melihat malaikat) / waktu subuh
9. Doa imam &kholifah/pemimpin yang adil
10. Doa orang yg ter dzolimi
11. Doa orang tua kepada anaknya

Adapun orang yang di doakan oleh para malaikat :

1. Orang yg selalu ber sholawat
2. Orang yg berada di shaf terdepan sholat
3. Orang yg merapatkan dan meluruskan shaf sholat
4. Wanita yg hamil
5. Wanita yg merawat anaknya/balita
6. Orang yg mendoakan orang lain
7. Orang yg duduk menunggu sholat
8. Orang yg tidur dalam keadaan suci
9. Orang yg membesuk orang sakit

#JANGAN PERNAH BERHENTI BERDOA KARaNA DG BERDOALAH KITA AKAN SELALU MERASA DEKAT DG ALLAH SWT!

Thursday, March 7, 2013

mencintai hati (^_^)

Kamu tahu mengapa Allah meletakkan hatimu di ruang dadamu..?

Kerana Allah ingin kamu menjaganya dengan baik dari 'rasa' cinta yg belum halal untukmu.

Mengapa ada air yang mengalir dari kedua matamu di saat kau bersedih..??

Kerana Allah telah menyiapkan seseorang yang Kelak akan hadir dalam hidupmu, menghapus airmatamu dan mengantikannya dengan senyuman.

Kamu tahu, mengapa Allah memberikan celah di setiap jemari tanganmu..??

kerana kelak Allah akan hadirkan seseorang yang akan mengenggam jemarimu, mengisi celah yg kosong itu dgn jari2nya, menguatknmu d saat kamu lemah dn terjatuh, dan membawamu melangkah meraih cinta yg di redhaiNya.

Sunday, January 20, 2013

assalammualaikum,

Ya Allah S.W.T  aku berlindung daripada MU...


Syaitan telah berjanji kepada Allah swt yang dia ini akan menggangu dan menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.Apakan pentingnya amal ibadah kita kepada Allah swt pada setiap hari???Kerana dengan amal ibadah inilah yang boleh menjadikan kita lebih dekat denganNya...Kerana Apapun Tuhan yang ada dimuka bumi ini semua tidak boleh dipercayai...Hanya Allah yang wajib diyakini,disembah dan dipercayai. Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah bukan yang selain Allah.Manusia yang mempercayai perkara2 yang tidak benar ini adalah manusia yang tidak yakin dengan ketentuan Allah swt...iaitu dipanggil juga melanggar takdir..Apa itu takdir?Takdir ialah ketentuan qada' dan qadar Allah swt kepada setiap manusia...sama ada Ajal maut,jodoh,rupa,bentuk,sakit,rezeki, Semua itu datangnya dari Allah dan wajib redha dan mempercayainya.

 

ya allah... kami perlukan kekuatan daripada mu ya Allah...  untuk melawan gangguan daripada jin, syaitan dan iblis... lindungi kami ya Allah.... 

lindungi  diri kami Ya Allah....






DOA PENDINDING DIRI DARI SIHIR DAN ILMU HITAM



بسم الله الرحمن الرحيم
  
Maksudnya:''Rasul telah beriman kepada Al-quran yang diturunkan kepadanya dari TuhanNya, Demikian pula orang-orang yang beriman.Semuanya beriman kepada Allah,Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasul-Nya (Mereka mengatakan): " kami tidak membeda-bedakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan:" kami dengar dan kami taat", (mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada engkaulah tempat kami kembali'' (285)

Maksudnya:"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): " Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami janganlah engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan orang-rang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yangkami tak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kamiterhadap kaum yang kafir" (286)


                       ************************************************************

Ilmu dari iblis hanya akan bertahan sementara kerana Yang Berkuasa keatas segalanya adalah Yang Maha Esa. Pagarlah diri anda dengan zikirullah semuga dilindungi dari Iblis yang dilaknat oleh Allah SWT. Bacalah doa dan surah yang disediakan di dalam Kitab suci Al-Quran yang agung untuk mengelakkan perkara keji ini berlaku.



Astagfirullahalazim........

Astagfirullahalazim........

Astagfirullahalazim........

Astagfirullahalazim........

Astagfirullahalazim........



wanauzubillah himinzalik!!!!!!


Moga doa ini dapat memberi serba sedikit manfaat buat kita semua dan sampai2kanlah kepada mereka yang belum tahu....agar kita sama-sama memperolehi keredhaanNya.....


InsyaAllah....Amin Ya Rahman Ya Rahim =)

Sunday, January 6, 2013

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN

1.    Puasa enam hari dalam bulan Syawal
                        Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
                        Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.
2.    Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
                        Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
                        Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)
3.    Puasa pada bulan Muharram
                        Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
                        Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
4.    Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
                        Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)
5.    Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
                        Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)
6.    Puasa bulan Sya'aban
                        Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)
                        Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)
7.    Puasa pada hari Isnin dan Khamis
                        Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)
                        Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)
8.    Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
                        Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
                        Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)
                        Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
9.    Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
                        Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)
10.   Puasa tiga hari pada setiap bulan
                       Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."
                        Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
                        Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.
11.    Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)
                        Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
                        Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERINGATAN
1.    Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:
  • TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
  • 10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
  • HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)
  • SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
  • PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)
2.    JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:
  • PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
  • PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
  • PUASA WANITA YANG HAMIL
  • PUASA ORANG YANG MUSAFIR
  • PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI
  • PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA
  • PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)
3.    ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
4.    NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA  JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)

Friday, December 21, 2012

Assalammualaikum,

syukur kehadrat illahi kerana masih diberikan peluang untuk terus bernafas diatas muka bumi Allah SWT,, sudah lama aku tidak mendengar berita di GAZA.. kemungkinan besar mungkin sudah reda sedikit "ya Allah selamatkan lah saudara ku di GAZA amin ya robb al alamin...

lebih kurang sebulan lebih lagi akak sulung bakal melangsungkan majlis pertunangannaya bersama dengan kawan baiknya sendiri... x sngka kawan baiknya itu melamarnya setelah 7 tahun mereka berkawan... masya Allah kte x blh menduga jodoh yang telah Allah tetapkan pada kte...

haa.... nie merupakan kek2 yg comel... ayong kalu awak nk order blh lah... comel tau kek nie ada org pakai tudung...heee~  so,if nak tgok lebih banyak kek comel2 boleh lah ke.. http://3cpedia.blogspot.com/2011/08/cupcake-anniversary-mak-dan-ayah-mac.html

            

      

cup cake paling comel!!